Hukuman Hudud
Hukuman hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadits. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka
mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).
berikut kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hududyaitu :
1) Berzina yaitu melakukan persetubuhan diluar nikah2) Menuduh orang berzina (qazaf), yaitu melakukan tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan 4orang saksi.
3)meminum minuman yang memabukkan
4) Mencuri
5) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam
6) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
7) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.
Hukuman Diyat
Hukuman diyat adalah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.
Kesalahan-kesalahan
yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:
1)
Pembunuhan yang serupa sengaja. 2) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
3) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Maka
sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya
(pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan
itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan
si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu)
dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan
dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa
yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya
azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
Hukuman Ta`zir
Hukuman ta`zir adalah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.
Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.
0 comments:
Post a Comment